LUKISAN AUTOCAD
PENGENALAN AUTOCAD 2018
Autocad 2018 adalah versi terbaru yang sudah berada
dipasaran seawal tahun 2017 dan bukan bermaksud versi baru banyak perbezaan
dari Autocad 2017. Paparan utama untuk Autocad 2018 boleh dikatakan hampir sama
sahaja dengan versi sebelum ini cuma ada beberapa kemaskini yang dilakukan. Cara dan kaedah penggunaan juga adalah masih sama bermaksud pengguna tidak
perlu risau dengan setiap versi Autocad yang dikeluarkan. Sebelum sesuatu
kerja dilakukan, asas mengetahui sesuatu sistem perkomputeran beroperasi adalah
penting bagi memudahkan segala kerja yang dilakukan supaya tidak timbul
sebarang masalah sama ada sebelum atau selepas penggunaan sistem tersebut.Oleh
itu, perkara asas yang perlu diketahui sebelum pengendalian sesuatu komputer
adalah seperti pengetahuan dalam penggunaan sistem operasi (operating system),
penggunaan “hardware” dan “software”.
Berikut adalah rekabentuk paparan utama Autocad
2018 (Gambar 1) dengan beberapa maklumat lengkap tentang kedudukan toolbar yang
terletak pada kedudukannya. Sebenarnya, Jika pengguna autocad yang sudah biasa
dengan fungsi-fungsi atau arahan yang terdapat pada autocad sebelum ini adalah mudah
pengguna untuk memahami paparan utama, toolbar dan fungsinya kerana versi baru
Autocad adalah lebih mesra pengguna.
CARA MENGGUNAKAN AutoCad
Berikut adalah langkah-langkah yang dilakukan untuk
memulakan kerja membuka Autocad 2018 yang tentunya telah diinstall terlebih
dahulu, iaitu dengan cara klik pada ‘shortcut’ Autocad sebanyak dua kali yang
ada pada ‘desktop’ sehingga terhasil paparan Autocad seperti Gambar 1 sebagai
tanda proses membuka autocad sedang dijalankan dan selepas itu terhasil paparan
autocad seperti Gambar 2.
Gambar 3
Dari gambar 3 menunjukkan bahawa toolbar-toolbar
yang ada disusun selari dengan setiap fungsi masing-masing.Terdapat beberapa
bahagian fungsi yang diasingkan mengikut bahagian seperti bahagian lakaran,
mengubah, anotasi, dimensi, text, susun atur, blok, definisi blok,
penunjuk informasi, kumpulan, utility, papan klik dan pandangan.
Jika dipilih ‘pulldown’ Menu akan berubah megikut
butang utama yang dipilih contohnya ‘pulldown-menu Home, Insert, Annotation,
Parametrik, View, Manage, Output, Add-ins, A360, Express Tool dan Feature
Apps.
Gambar 4
NAK KUASAI AUTOCAD PERLU TAHU 15 PERKARA ASAS INI.
1)
Workspace - Tab Panel
2)
Draw - Line, Polyline, Rectangle, Polygon, Circle, Spline dan Hatch
3)
Modify - Erase, Mirror, Copy, Offset, Move, Scale, Trim, Extend, Explode,
Polyline Edit, Break dan Fillet.
4)
Layer - Layer Manager
5)
Annotation - Dimensikn Style Manager
6)
Block - Group
7)
Property - Detail Properties
8)Utilities
- Measure
9)
Clip Board - Match Property
10)
View - Zoom, Zoom Extend dan Pan
11)
Insert Reference - Attach dan Insert Image
12)
Area Calculation - List
13)
Cutting Section
14)
Plot - Dwg To Pdf
15)
Import dan Export