Jam

Mengenai Saya

Foto saya
Selamat datang ke Blog Dhivya, Ng dan Ho! Kami adalah siswa pendidik 1 PPISMP RBT ambilan Jun 2019. Kami ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi maklumat tentang Reka Bentuk dan Teknologi di dini.

Bilangan Pengunjung

Cari Blog Ini

18/09/19

PENGENALAN LUKISAN KEJURUTERAAN






























































PENGENALAN

DEFINISI LUKISAN KEJURUTERAAN
  • Lukisan kejuruteraan adalah cara untuk menghasilkan lukisan pelan yang mengambarkan dengan tepat sesuatu objek teknikal, seni bina dan kejuruteraan. Dengan kata lukisan kejuruteraan merupakan alat komunikasi atau bahasa perhubungan di kalangan mereka yang terlibat dengan dunia kejuruteraan.
  •   Ia adalah satu dokumen, dalam bentuk bergambar dan sedikit nota. Ia mengandungi semua maklumat penting bagi tujuan pembuatan atau pengilangan; iaitu mungkin mengandungi satu komponen tunggal, sebahagian kumpulan binaan atau satu barangan lengkap yang menunjukkan keseluruhan komponen.
  •  Sebelum komputer berkembang pesat kebanyakan lukisan kejuruteraan dilukis secara manual. Di zaman berteknologi ini, tugas melukis dipermudahkan dengan kewujudan sistem Rekabentuk Terbantu Komputer (CAD).
  • Secara teknikalnya lukisan kejuruteraan boleh dipecahkan kepada dua iaitu:-

1.    Lukisan mesin: Lukisan pemasangan yang dikhususkan kepada proses mencantum dan membuka komponen untuk memenuhi tujuan pembuatan, selenggaraan atau persembahan

2.    Lukisan Kerja: Lukisan yang menerangkan dengan terperinci bagaimana sesuatu komponen itu harus dihasilkan dan apakah yang patut dicapai oleh sesuatu pengeluaran itu. Lukisan ini juga menunjukkan sifat akhir sesuatu komponen. Lukisan ini termasuklah Lukisan Terperinci, Lukisan Butir, Lukisan Bahagian-bahagian dan Lukisan Pembuatan.



PERALATAN LUKISAN KEJURUTERAAN 

Senarai Peralatan Lukisan Kejuruteraan

Sebelum kita memulakan sesuatu pembelajaran itu, kita perlulah tahu peralatan, bahan atau apa sahaja yang berkaitan dengan subjek berkenaan bagi memudahkan kita memehami sesuatu pembelajaran itu dengan lebih berkesan.

Bagi subjek Lukisan Kejuruteraan, terdapat beberapa peralatan lukisan kejuruteran yang perlu kita ketahui . Jom lihat apa yang termasuk dalam peralatan lukisan kejuruteraan ini. 



1.   Papan Lukisan

Papan lukis biasanya berukuran 60 cm x 80 cm yang diperbuat papan jenis lembut. Kertas lukisan diletakkan diatas papan lukis bagi memudahkan kerja – kerja melukis dilakukan. 



Rajah 1.1 Ukuran papan lukis




Kertas lukisan biasanya akan ditampal dengan menggunakan pita atau dengan menggunakan klip. Rajah 1.2 menunjukkan kedudukan kertas lukisan di papan lukis.




                                      


Rajah 1.2 Kedudukan kertas lukisan dengan Sesiku T di papan lukis





2.   Kertas lukisan.



Kertas lukisan digunakan untuk membuat sesuatu lukisan yang dilukis menggunakan pensel. Biasanya ukuran piawai ANSI ( American National Standard Institute ) bagi kertaslukisan ialah seperti berikut:



A. 8.5” x 11”               A. 9” x 12”

B. 11” x 17”                B. 12” x 15”

C. 17” x 22”                C. 18” x 24”

D. 22” x 34”                D. 24” x 36”


E. 34” x 44”                E. 36” x 48”





3. Sesiku T



Sesiku T boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu bahagian kepala dan bahagian bilah. Dalam kerja–kerja lukisan, sesiku T menjadi pemandu untuk membuat garisan lurus mendatar atau garisan menegak dengan perantaraan sesiku sudut. Sepanjang penggunaan sesiku T, ianya digunakan rapat dengan papan sebelah kiri. Selain itu juga, sesiku T boleh digunakan dalam keadan condong ke atas atau ke bawah untuk membuat garisan condong .Rajah 3.1 menunjukkan cara menggerakkan sesiku T.





Rajah 3.1 Cara mengerakkan sesiku T





4.   Jangka lukis



Jangka lukis sangat diperlukan dalam kerja – kerja lukisan kejuruteraan. Terdapat tiga jenis jangka lukis yang biasa digunakan.



i. Jangka lukis panah gergasi ( Giant bow )

ii. Jangka lukis pegas susut ( Drop spring bow )

iii. Jangka lukis tradisi dan bendul ( Electrum and Beam/trammel )



Rajah 4.1 Jenis – jenis jangka lukis





Jangka lukis digunakan untuk membentuk suatu garisan bulatan atau lengkok. Jangka lukis terdiri daripada dua batang yang satu hujungnya boleh bertemu dan boleh dilaraskan. Satu hujung mengandungi jarum halus untuk diletakkan pada pusat sesuatu bulatan,atau lengkok dan hujung yang satu lagi terdapat mata pensel untuk melukis atau membentuk garisan.





Rajah 4.2 Cara menggunakan jangka lukis





5.   Pembahagi



Bentuk pembahagi hampir – hampir sama dengan jangka lukis, bezanya pembahagi mempunyai dua mata jarum. Terdapat dua jenis pembahagi iaitu:



i. Pembahagi jenis pegas

ii. Pembahagi jenis bendul dan tradisi





Rajah 5.1 Jenis – jenis pembahagi



Pembahagi digunakan untuk membahagikan sesuatu jarak kepada beberapa bahagian yang sama atau untuk memindahkan sesuatu jarak sekali atau berulang – ulang. Rajah 5.2 menunjukkan cara – cara menggunakan pembahagi.





Rajah 5.2 Cara menggunakan pembahagi untuk membahagi satu garisan



6.   Jangka sudut



Jangka sudut adalah satu alat yang digunakan untuk mendapatkan titik sesuatu sudut yang dikehendaki atau untuk mengukur sesuatu sudut. Rajah 6.1 adalah contoh jangka sudut yang digunakan dalam lukisan kejuruteraan.





Rajah 6.1 Jangka sudut vernier




Disebabkan penggunaan jangka sudut tidak begitu kerap, sesiku sudut digunakan sebagai pengganti. Ini kerana sesiku sudut boleh memberikan beberapa darjah sudut yang dikehendaki seperti dalam rajah 6.2.


Rajah 6.2 Sesiku sudut



7.   Skala/Pengukur



Skala / pengukur dalam kerja – kerja lukisan kejuruteraan bukanlah dijadikan untuk membuat garisan, tetapi hanya digunakan sebagai pengukur sahaja. Skala yang digunakan mestilah dalam satu unit sahaja bagi mengelakkan kekeliruan atau kesilapan semasa membuat pengukuran. Setelah sesuatu ukuran itu diperolehi, pensel digunakan sebagai penanda kepada ukuran tersebut. Penandaan yang lebih tepat boleh diperoleh dengan menggunakan pembahagi atau mata jangka lukis. Rajah 7.1 menunjukkan jenis – jenis pembaris yang digunakan.






Rajah 7.1 Pembaris/ skala


8.   Lengkung Perancis



Lengkung ini digunakan bagi melukis garis lengkung yang tidak boleh dilukis dengan jangka lukis. Lengkung Perancis boleh didapati dalam beberapa bentuk seperti dalam rajah 8.1




Rajah 8.1 Bentuk – bentuk lengkung Perancis



Sebelum menggunakan lengkung Perancis, bentuk lengkung yang hendak dilukis itu perlulah dilakarkan dengan menggunakan pensel yang hitam ( HB ), tetapi garisan itu janganlah terlalu nyata. Setelah itu barulah lengkung Perancis digunakan, seperti dalam rajah 8.2 Kita perlu mencari satu bahagian daripada lengkuk itu yang selari dengan garisan lakaran yang telah dilukis.



Rajah 8.2 Cara menggunakan lengkung Perancis



9.   Pensel



Pensel boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu pensel kayu dan pensel mekanikal ( isian ), seperti dalam rajah 9.1. Dalam lukisan kejuruteraan, pensel mekanikal lebih sesuai digunakan. Ini kerana pensel mekanikal tidak perlu diasah dan dengan itu kerja – kerja lukisan akan menjadi kemas. Pensel boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu keras, sederhana dan lembut. Setiap bahagian digunakan untuk satu tugasan sahaja seperti yang ditunjukkan dalam jadual kumpulan pensel.




Rajah 9.1 Pensel kayu dan pensel mekanikal



  

10. Getah Pemadam


















Getah pemadam adalah satu alat lukisan yang perlu ada pada setiap pelajar.Ianya digunakan untuk memadam garisan yang dibentuk dengan pensel. Getah pemadam yang berkualiti tinggi diperlukan bagi mengelakkan garisan yang dipadam tidak meninggalkan kesan kepada permukaan kertas lukisan. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERALATAN LUKISAN KEJURUTERAAN

Objektif video di bawah adalah untuk  memperkenal tentang alatan lukisan kejuruteraan. Kita dapat mengenalpasti peralatan lukisan kejuruter...