Jam

Mengenai Saya

Foto saya
Selamat datang ke Blog Dhivya, Ng dan Ho! Kami adalah siswa pendidik 1 PPISMP RBT ambilan Jun 2019. Kami ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi maklumat tentang Reka Bentuk dan Teknologi di dini.

Bilangan Pengunjung

Cari Blog Ini

18/09/19

Pengenalan AutoCad


LUKISAN AUTOCAD

PENGENALAN AUTOCAD 2018



Autocad 2018 adalah versi terbaru yang sudah berada dipasaran seawal tahun 2017 dan bukan bermaksud versi baru banyak perbezaan dari Autocad 2017. Paparan utama untuk Autocad 2018 boleh dikatakan hampir sama sahaja dengan versi sebelum ini cuma ada beberapa kemaskini yang dilakukan. Cara dan kaedah penggunaan juga adalah masih sama bermaksud pengguna tidak perlu risau dengan setiap versi Autocad yang dikeluarkan. Sebelum sesuatu kerja dilakukan, asas mengetahui sesuatu sistem perkomputeran beroperasi adalah penting bagi memudahkan segala kerja yang dilakukan supaya tidak timbul sebarang masalah sama ada sebelum atau selepas penggunaan sistem tersebut.Oleh itu, perkara asas yang perlu diketahui sebelum pengendalian sesuatu komputer adalah seperti pengetahuan dalam penggunaan sistem operasi (operating system), penggunaan “hardware” dan “software”.







Berikut adalah rekabentuk paparan utama Autocad 2018 (Gambar 1) dengan beberapa maklumat lengkap tentang kedudukan toolbar yang terletak pada kedudukannya. Sebenarnya, Jika pengguna autocad yang sudah biasa dengan fungsi-fungsi atau arahan yang terdapat pada autocad sebelum ini adalah mudah pengguna untuk memahami paparan utama, toolbar dan fungsinya kerana versi baru Autocad adalah lebih mesra pengguna. 


CARA MENGGUNAKAN AutoCad


                                                 
                                                                          Gambar 2



Berikut adalah langkah-langkah yang dilakukan untuk memulakan kerja membuka Autocad 2018 yang tentunya telah diinstall terlebih dahulu, iaitu dengan cara klik pada ‘shortcut’ Autocad sebanyak dua kali yang ada pada ‘desktop’ sehingga terhasil paparan Autocad seperti Gambar 1 sebagai tanda proses membuka autocad sedang dijalankan dan selepas itu terhasil paparan autocad seperti Gambar 2.


   


                                                        Gambar 3

Dari gambar 3 menunjukkan bahawa toolbar-toolbar yang ada disusun selari dengan setiap fungsi masing-masing.Terdapat beberapa bahagian fungsi yang diasingkan mengikut bahagian seperti bahagian lakaran, mengubah, anotasi, dimensi, text,   susun atur, blok, definisi blok,  penunjuk informasi, kumpulan, utility, papan klik dan pandangan.



Jika dipilih ‘pulldown’ Menu akan berubah megikut butang utama yang dipilih contohnya ‘pulldown-menu Home, Insert, Annotation, Parametrik, View, Manage, Output, Add-ins, A360, Express Tool dan Feature Apps.




                                                     

Gambar 4



NAK KUASAI AUTOCAD PERLU TAHU 15 PERKARA ASAS INI.



1) Workspace - Tab Panel
2) Draw - Line, Polyline, Rectangle, Polygon, Circle, Spline dan Hatch
3) Modify - Erase, Mirror, Copy, Offset, Move, Scale, Trim, Extend, Explode, Polyline Edit, Break dan Fillet.
4) Layer - Layer Manager
5) Annotation - Dimensikn Style Manager
6) Block - Group
7) Property - Detail Properties
8)Utilities - Measure
9) Clip Board - Match Property
10) View - Zoom, Zoom Extend dan Pan
11) Insert Reference - Attach dan Insert Image
12) Area Calculation - List
13) Cutting Section
14) Plot - Dwg To Pdf
15) Import dan Export












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERALATAN LUKISAN KEJURUTERAAN

Objektif video di bawah adalah untuk  memperkenal tentang alatan lukisan kejuruteraan. Kita dapat mengenalpasti peralatan lukisan kejuruter...