Jam

Mengenai Saya

Foto saya
Selamat datang ke Blog Dhivya, Ng dan Ho! Kami adalah siswa pendidik 1 PPISMP RBT ambilan Jun 2019. Kami ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi maklumat tentang Reka Bentuk dan Teknologi di dini.

Bilangan Pengunjung

Cari Blog Ini

19/09/19

PERALATAN LUKISAN KEJURUTERAAN

Objektif video di bawah adalah untuk memperkenal tentang alatan lukisan kejuruteraan. Kita dapat mengenalpasti peralatan lukisan kejuruteraan dan mengetahui cara menggunakannya secara teliti melalui video di bawah. Alatan lukisan kejuruteraan digunakan untuk membina jenis-jenis garisan dalam lukisan kejuruteraan dengan ciri-ciri piawaian am yang betul. Secara tuntasnya, membina ataupun melukis lukisan kejuruteraan mestilah berpandukan dengan alatan lukisan kejuruteraan yang tetap. Jika mengguna salah alatan lukisan kejuruteraan tersebut,tentulah lukisan kejuruteraan tidak akan berjaya melukis.


Sumber daripada: Youtube.

Bank Soalan

Selepas membaca nota-nota yang diberikan, adakah anda beryakin untuk menjawab soalan kuiz? 


Untuk mengukuhkan kefahaman anda terhadap teori Lukisan Kejuruteraan dan AutoCad, jom cuba klik pautan ini untuk menguji kefahaman anda!


Selain itu, anda juga boleh cuba menjawab kuiz ini untuk memastikan anda telah memahami Lukisan Kejuruteraan dengan baik. 


Sekiranya markah yang diperoleh adalah rendah, janganlah berputus asa perisis kata mutiara usaha tangga kejayaan. Banyakkanlah usaha dalam membaca nota yang diberikan, pada suatu ketika nanti, anda pasti dapat memahami Lukisan Kejuruteraan ini dengan lebih lanjut. 😇






ASAS AUTOCAD_Lukisan Kejuruteraan

PENGENALAN SIMBOL-SIMBOL UNTUK MENLUKIS AUTOCAD


MV SETUP
1) Taip MVSETUP. Tekan ENTER.
2) Tekan N dan ENTER. Bermaksud NO untuk membolehkan ruang kertas
3) Tekan M dan ENTER. Iaitu jenis unit, Metric.
4) Taip 1 untuk factor skala.
5) Lebar untuk kertas A4 ialah 297. ENTER.
6) Tinggi untuk kertas A4 ialah 210. ENTER.




LINE
1) Menekan gambar “Line”.
2) Tekan mana-mana yang ingin buat garis lurus narik garis tersebut.
3) Berikan berapa panjang garis tersebut, contohnya, 80.
4) Tekan ENTER.



OFFSET
1) Menekan gambar “offset”.
2) Taip jarak yang hendak. Contohnya, 30.
3) Pilih dan tekan tempat yang ingin “Offset”.




ORTHOMODE
- Orthomode adalah digunakan untuk bagi garis tersebut tidak boleh senget dan hanya boleh jalan dalam 90 ° atau 180 ° sahaja
1) Tekan F8 iaitu ORTHOMODE.



OSNAP
- Osnap digunakan untuk mengeluarkan titik. Pelbagai titik boleh dipilih. Contohnya, “Midpoint”, “Endpoint”, “Intersection”, “Tangent” dan sebagainya.
1) Menekan gambar “Osnap”.
2) Pilih titik yang ingin dikeluarkan pada gambar dan tekan.




ERASE
- Erase adalah digunakan untuk memadamkan benda yang lukis salah.
1) Menekan gambar “Erase”.
2) Pilih benda yang ingin dipadamkan.
3) Tekan dan “ENTER”.




EXPLODE
- Explode digunakan untuk putus satu garis sambung.
1) Menekan gambar “Explode”.
2) Tekan satu garis sambung.
3) Tekan ENTER.




COPY
- Copy digunakan untuk salianan benda yanga sama.
1) Menekan gambar “COPY”.
2) Pilih benda yang ingin “Copy”.
3) Tekan ENTER.
4) Tarik benda yang ingin “Copy” dan tekan.



MOVE
- Move digunakan untuk menggerakkan benda pada satu tempat ke satu tempat lain.
1) Menekan gambar “MOVE”.
2) Pilih benda yang ingin bergerak.
3) Tekan ENTER.
4) Tarik benda yang ingin bergerak dan tekan.

18/09/19

Pengenalan AutoCad


LUKISAN AUTOCAD

PENGENALAN AUTOCAD 2018



Autocad 2018 adalah versi terbaru yang sudah berada dipasaran seawal tahun 2017 dan bukan bermaksud versi baru banyak perbezaan dari Autocad 2017. Paparan utama untuk Autocad 2018 boleh dikatakan hampir sama sahaja dengan versi sebelum ini cuma ada beberapa kemaskini yang dilakukan. Cara dan kaedah penggunaan juga adalah masih sama bermaksud pengguna tidak perlu risau dengan setiap versi Autocad yang dikeluarkan. Sebelum sesuatu kerja dilakukan, asas mengetahui sesuatu sistem perkomputeran beroperasi adalah penting bagi memudahkan segala kerja yang dilakukan supaya tidak timbul sebarang masalah sama ada sebelum atau selepas penggunaan sistem tersebut.Oleh itu, perkara asas yang perlu diketahui sebelum pengendalian sesuatu komputer adalah seperti pengetahuan dalam penggunaan sistem operasi (operating system), penggunaan “hardware” dan “software”.







Berikut adalah rekabentuk paparan utama Autocad 2018 (Gambar 1) dengan beberapa maklumat lengkap tentang kedudukan toolbar yang terletak pada kedudukannya. Sebenarnya, Jika pengguna autocad yang sudah biasa dengan fungsi-fungsi atau arahan yang terdapat pada autocad sebelum ini adalah mudah pengguna untuk memahami paparan utama, toolbar dan fungsinya kerana versi baru Autocad adalah lebih mesra pengguna. 


CARA MENGGUNAKAN AutoCad


                                                 
                                                                          Gambar 2



Berikut adalah langkah-langkah yang dilakukan untuk memulakan kerja membuka Autocad 2018 yang tentunya telah diinstall terlebih dahulu, iaitu dengan cara klik pada ‘shortcut’ Autocad sebanyak dua kali yang ada pada ‘desktop’ sehingga terhasil paparan Autocad seperti Gambar 1 sebagai tanda proses membuka autocad sedang dijalankan dan selepas itu terhasil paparan autocad seperti Gambar 2.


   


                                                        Gambar 3

Dari gambar 3 menunjukkan bahawa toolbar-toolbar yang ada disusun selari dengan setiap fungsi masing-masing.Terdapat beberapa bahagian fungsi yang diasingkan mengikut bahagian seperti bahagian lakaran, mengubah, anotasi, dimensi, text,   susun atur, blok, definisi blok,  penunjuk informasi, kumpulan, utility, papan klik dan pandangan.



Jika dipilih ‘pulldown’ Menu akan berubah megikut butang utama yang dipilih contohnya ‘pulldown-menu Home, Insert, Annotation, Parametrik, View, Manage, Output, Add-ins, A360, Express Tool dan Feature Apps.




                                                     

Gambar 4



NAK KUASAI AUTOCAD PERLU TAHU 15 PERKARA ASAS INI.



1) Workspace - Tab Panel
2) Draw - Line, Polyline, Rectangle, Polygon, Circle, Spline dan Hatch
3) Modify - Erase, Mirror, Copy, Offset, Move, Scale, Trim, Extend, Explode, Polyline Edit, Break dan Fillet.
4) Layer - Layer Manager
5) Annotation - Dimensikn Style Manager
6) Block - Group
7) Property - Detail Properties
8)Utilities - Measure
9) Clip Board - Match Property
10) View - Zoom, Zoom Extend dan Pan
11) Insert Reference - Attach dan Insert Image
12) Area Calculation - List
13) Cutting Section
14) Plot - Dwg To Pdf
15) Import dan Export












PENGENALAN LUKISAN KEJURUTERAAN




















PERALATAN LUKISAN KEJURUTERAAN

Objektif video di bawah adalah untuk  memperkenal tentang alatan lukisan kejuruteraan. Kita dapat mengenalpasti peralatan lukisan kejuruter...